1.0 Definisi
Menerapkan imej satu prosedur untuk memandu pelajar menjana imej mental berkaitan bahan yang dibaca sebagai cara untuk meningkatkan kefahaman. Tiga perkara asas dalam teknik ini ialah model guru, latihan berpandu, dan latihan kendiri. Perkara asas ini diterjemahkan ke dalam langkah pelaksanaan teknik ini seperti yang berikut :
Langkah 1 - Perkenalkan apa, mengapa, dan bagaimana menggunakan menerap imej
Jelaskan menerap imej ialah strategi membaca yang membantu pelajar memahami apa yang mereka baca. (apa). Pelajar dimaklumkan untuk membuat gambaran mental mengenai apa yang sedang dibaca yang boleh membantu mereka mengingati apa yang dibaca. (mengapa). Guru tunjuk cara untuk melaksanakan penerapan imej kemudian pelajar akan melakukan sendiri. (bagaimana).
Langkah 2 - Pilih teks berbentuk diskriptif yang panjangnya lebih kurang 100 patah perkataan dan bacakan dengan lantang. Guru bacakannya dengan lantang.
Langkah 3 - Tunjuk cara penggunaan strategi kepada pelajar. Guru melakukan teknik berfikir dan bersuara. Kemudian guru berkongsi pengetahuan sedia ada serta hubungan peribadi beliau dengan teks dengan pelajar. Perkara ini dilakukan terutama apabila bertemu dengan perkataan yang menarik di dalam teks.
Langkah 4 - Membekalkan latihan berpandu. Mengajak pelajar untuk menghuraikan imej yang mereka gambarkan ketika membaca lantang berlangsung. Galakkan pelajar untuk mencatat persamaan dan perbezaan imej-imej yang para pelajar kemukakan.
Langkah 5 - Sokongan ketika latihan kendiri. Pelajar bekerja secara pasangan untuk membaca teks dengan senyap. Pelajar secara bergilir diminta bercakap kepada pasangannya mengenai imej-imej yang mereka bina ketika membaca dan juga punca yang menyebabkan mereka membina imej-imej tersebut.
Pasangan pelajar kemudiannya berbincang mengenai persamaan dan perbezaan imej mental yang mereka guna. Guru memberikan sokongan dan bantuan dari masa ke semasa supaya pelajar pada akhirnya dapat melaksanakan aktiviti tanpa bergantung kepada guru.
Langkah 6 - Sediakan latihan kendiri terpilih. Ketika pelajar sudah mahir menggunakan
teknik menerap imej ini sediakan ruang untuk mereka menggunakan strategi ini ke atas teks-teks lain yang bersesuaian.
2.0 Jenis-jenis bahan bantuan mengajar
3.0 Kebaikan bahan bantuan mengajar
3.1 Pembelajaran menjadi aktif
Penggunaan bahan bantu mengajar mampu mewujudkan pembelajaran aktif dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Hal ini demikian kerana, pelbagai bahan bantu mengajar digunakan sebagai satu cara untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan. Selain itu, Penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran amat penting untuk membantu guru menyampaikan pengajaran dengan mudah, cepat serta menarik. Cara penggunaan bahan bantu mengajar juga hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap agar dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang aktif dan berkesan iaitu yang pertama ialah membantu pelajar untuk memahami apa yang dibaca. Walaupun pelajar digalakkan untuk membudayakan amalan membaca, belum tentu mereka memahami apa yang mereka baca. Hal ini demikian kerana, tidak semua pelajar mempunyai minat sedemikian memandangkan pada masa kini para pelajar lebih cenderung untuk meminati aktiviti yang lebih menarik,’trendy’ dan berani. Dalam hal ini, ianya bermaksud para pelajar akan memilih aktiviti yang tidak berkaitan dengan pembacaan. Dengan wujudnya teknik membaca menerap imej sebagai bahan bantu mengajar, sudah pasti akan menimbulkan minat membaca dalam kalangan kalangan pembaca. Hal ini demikian kerana pelajar akan meminati perkara yang menarik dan mudah memberikan kefahaman kepada mereka. Hal ini telah disokong oleh Abu Zahari (1987), yang menyatakan bahawa minat memainkan peranan yang penting dalam kejayaan sesuatu pembelajaran dan minat dapat mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar. Seseorang yang berminat dalam perkara yang dipelajari lazimnya akan menunjukkan pencapaian yang tinggi. Selain itu penggunaan pancaindera sebaik mungkin semasa sesi pembelajaran juga mempengaruhi keberkesanan pembelajaran pelajar (dipetik dari Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad,t.t).
3.2 Membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran
Dengan teknik menerap imej ang digunakan ini proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar. Hal ini demikian kerana penyediaan bahan bantu mengajar ini akan menjadikan para guru lebih bersedia memandangkan mereka perlu menyiapkan dahulu bahan bantu menajar sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dimulakan. Persediaan awal para guru sebelum bemulanya sesi ini akan memberikan keyakinan mereka untuk mengajar sewaktu dalam kelas. Apabila pelajar tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru dan menanyakan soalan kepada para guru, pasti mereka akan mudah untuk menjawab soalan yang diajukan memandangkan mereka telah memahami dan meneliti bahan yang pengajaran.
3.3 Mempelbagaikan kaedah pengajaran
Melalui kaedah ini sudah pasti akan mempelbagaikan lagi kaedah pembelajaran yang sedia ada. Kepelbagaian kaedah pengajaran ini akan memantapkan pemahaman para pelajar. Kepelbagaian teknik mengajar pasti akan menarik perhatian para pelajar untuk menumpukan perhatian semasa prses pengajaran dan pengajaran. Hal ini demikian kerana, para pelajar akan mudah menumpukan perhatian terhadap sesuatu yang menarik perhatian mereka. Dari konteks para guru pula mereka akan keluar dari teknik pengajaran tradisional yang terikat dengan penggunaan papan hitam dan kapur memandangkan mereka tidak menggunakan lagi alatan tersebut dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang sedang berlangsung.
3.3 Sesuai diajarkan pada peringkat awal kanak-kanak
Alat bantu mengajar (ABM) dengan mengunakan teknik menerap imej sangat sesuai digunakan pada peringkat awal kanak. Hal ini demikian kerana, pada peringkat ini kanak-kanak otak kanak-kanak lebih cenderung kepada imej berbanding dengan perkataan. Hal ini disebabkan kanak-kanak mudah tertarik dengan imej yang mengandungi warna yang menarik dan imej yang pelbagai berbanding dengan perkataan kerana mereka ada dikalangan mereka belum mahir untuk membaca. Dalam pada itu, teknik penerapan imej dapat membantu kanak-kanak untuk lebih mengenali sesuatu perkara. Hal ini demikian kerana, apabila guru hanya memberi tahu sesuatu perkara misalnya hanya menyebut nama objek tersebut, para pelajar akan sukar untuk mengingat dan mengenali objek tersebut kerana mereka tidak melihat gambaran objek tersebut. Oleh hal demikian, melalui teknik penerapan imej ini, pelajar akan mudah mengingat dan mengenali sesuatu perkara yang disampaikan oleh guru.
3.4 Pelajar lebih fokus terhadap pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas
Melalui teknik bantuan mengajar penerapan imej, pelajar akan lebih memberi fokus terhadap pembelajaran. Hal ini demikian kerana, melalui teknik ini pengajaran tidak akan menjadi cepat bosan dan mampu menarik minat serta menambah kefahaman pembelajaran oleh pelajar. Pelajar akan lebih tertarik dengan gambar-gambar yang diberikan berbanding dengan hanya membaca petikan atau karangan dan sebagainya. Tambahan lagi, dengan menggunakan gambar akan memberikan gambaran yang lebih jelas dan lebih realistik terhadap sesuatu pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru kepada pelajar kerana teknik ini akan memberikan pengalaman yang nyata kepada pelajar.
Penggunaan kombinasi warna-warna yang pelbagai pada gambar mampu menarik minat pelajar untuk lebih fokus di dalam kelas kerana penggunaan warna tersebut akan menimbulkan persekitaran di dalam kelas. Tambahan lagi, tarikan yang ada pada gambar membuatkan pelajar tidak mengantuk dan mudah mengingati bahan pembelajaran dengan lebih mudah dan kekal lama. Guru juga akan lebih mudah untuk memberikan penerangan tentang sesuatu bahan pengajaran kepada pelajar dengan mudah. Hal ini demikian kerana, pelajar lebih senang membezakan sesuatu bahan-bahan pengajaran tersebut daripada kepelbagaian warna dan gambar yang digunakan oleh guru.
Selain daripada itu, pembelajaran di dalam kelas akan lebih teruja kerana pelajar lebih sukakan imaginasi berbanding tulisan semata-mata. Oleh sebab itu, pelajar akan lebih fokus di dalam kelas sekiranya guru menggunakan imej berbanding petikan. Contoh yang diberikan oleh guru akan menjadi lebih nyata, sebagai contoh seorang guru ingin menjelaskan tentang seekor ayam kepada pelajar, beliau menerangkan satu persatu ciri-ciri yang terdapat pada ayam, namun sekiranya guru tersebut terus menunjukkan gambar ayam, sudah pasti pelajar-pelajar akan lebih faham dan suka berbanding dengan hanya penerangan yang tadi yang memerlukan mereka untuk mengingati, berfikir dan sebagainya.
Ternyata, penggunaan alat bantuan mengajar melalui penerapan gambar lebih memberikan kesan yang baik kepada pelajar berbanding dengan teknik lain. Ingatan pelajar juga akan kekal atau lama terhadap pembelajarannya. Hal ini demikian kerana, pelajar akan terdedah dengan gambaran yang jelas melalui alat bantuan mengajar penggunaan penerapan imej.
4.0 Kekurangan atau kelemahan bahan bantuan mengajar
4.1 Tidak sesuai diajarkan pada peringkat yang lebih tinggi.
Penggunaan ABM dengan teknik menerap imej tidak sesuai untuk diaplikasikan pada peringkat yang lebih tinggi seperti di peringkat sekolah menengah dan universiti. Hal ini demikian kerana pada peringkat ini tahap pemikiran pelajar sudah matang kerana mereka sudah mahir membaca disamping sudah banyak ilmu pengetahuan mereka perolehi.
Dalam Pada itu, mengapa ABM dengan teknik menerap imej ini tidak sesuai untuk diaplikasikan pada peringkat yang lebih tinggi kerana para pelajar akan cepat merasa bosan kerana mereka akan mengetahui sesuatu perkara yang telah mereka tahu. Misalnya, guru memaparkan imej berkenaan seekor haiwan yang telah diketahui oleh para pelajar. Hal ini akan meyebabkan pelajar merasa bosan dan akan cepat hilang fokus.
Oleh hal demikian, teknik menerap imej ini tidak sesuai untuk diaplikasikan pada peringkat yang lebih tinggi kerana terdapat beberapa kekurangan yang tidak dapat dielakkan.
4.2 Merumitkan kerja guru
Penggunaan bahan bantu mengajar dikatakan merumitkan kerja guru. Hal ini demikian kerana, untuk menghasilkan bahan bantu mengajar banyak kerja yang akan dilakukan oleh guru. Pada masa yang sama terdapat juga beberapa cabaran yang dilalui oleh seorang guru semasa menghasilkan bahan bantu mengajar tersebut. Misalnya, bahan bantu mengajar yang direka menggunakan perisian komputer seperti Microsoft powerpoint. Hal ini sedikit menyukarkan para guru yang tidak mempunyai Microsoft powerpoint di dalam komputer mereka. Di samping itu, apabila mahu menggunakan powerpoint, perlulah dilengkapi dengan kemudahan LCD. Jika tiada kemudahan atau kekurangan kemudahan tersebut di sekolah, maka powerpoint tersebut tidak dapat ditayangkan. Oleh itu, guru perlu mengambil inisiatif lain agar powerpoint tersebut dapat dipersembahkan kepada murid. Hal ini j
jelas menunjukkan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar dapat merumitkan kerja guru.
4.3 Alat bantuan mengajar perlu persediaan awal dan rapi
Alat bantu mengajar perlu disediakan awal dan rapi. Hal ini kerana, persediaan yang rapi sebelum melakukan sebarang kerja amat dititikberatkan bagi memastikan setiap kerja adalah berkualiti dan dapat menepati objektif dan sasaran yang telah ditetapkan. Malah, persediaan ini juga dapat melicinkan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Persediaan perlu dijalankan dengan rapi dan guru harus sedia dan mempersiapkan diri sebelum memulakan tugas mengajar dengan melengkapkan alat bantu mengajar yang sesuai dengan Rancangan Pengajaran Harian guru agar lebih optimum. Tugas guru bukan hanya mengajar semata-mata, tetapi guru juga perlu mempunyai tiga komponen penting, iaitu persediaan, penyampaian dan penutup.
Selain itu, alat bantuan mengajar perlu memerlukan masa dan tempoh untuk melakukannya. Guru perlu tahu merancang elemen penyampaian pengajaran agar ianya bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar dengan mengambil kira penggunaan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran, masa, pemeringkatan isi serta pemilihan sumber dan ralat. Oleh itu guru perlu mencari bahan dan mula menyiapkan alat bantuan mengajar dengan lebih awal. Persediaan awal guru mampu memberi guru sifat keyakinan semasa hendak menyampaikan sesuatu pengajaran kepada murid.
Di samping itu, dalam penyediaan alat bantu mengajar, guru perlu menentukan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dengan objektif pengajaran serta dapat membantu guru memilih bahan dan sumber serta aktiviti yang sesuai. Malah, guru juga dapat memastikan semua isi pelajaran dapat disampaikan kepada murid dengan baik. Persediaan alat bantu mengajar dapat memastikan guru bersedia untuk mengajar dan bertujuan agar tidak menyeleweng dalam pengajaran Pendapat ini disokong oleh Atan, L. (1993) yang menyatakan dengan adanya persediaan mengajar, guru akan memikirkan dengan terang matlamat atau objektif, pemilihan isi penting, pemilihan dan susun cara mengajar, perancangan aktiviti dan persediaan penilaian